Saya tidak hubungi awak
bukan kerana saya tak sayang awak
tapi sebab saya hormat permintaan awak
agar tidak menghubungi awak lagi
hati saya merintih pedih dengan permintaan itu
Saya hubungi awak
bukan kerana melanggar larangan awak
tapi sebab saya hendak minta maaf
dan berterima kasih kepada awak
atas segala kurnia yang awak berikan
kepada saya selama perkenalan ini
budi baik dan ramah tamah awak
kemesraan dan gurau senda awak
kasih sayang dan cinta sejati awak
Saya perlu terus hubungi awak
walau hanya dari hati ke hati saja
awak adalah nyawa saya
selamanya saya akan terasa mati
tanpa awak di sisi saya
tanpa awak menemani saya
tanpa awak sentiasa di hati saya
Awak...
awak tahu saya sayang awak
saya tahu awak sayang saya
ia cukup bermakna buat kita
Dirimu Sentiasa Dihatiku
Dalam riuh suasana keriangan ini
meraikan pasangan membina mahligai
menyapa saudara mara dan kenalan
walau bibir terus mengukir senyuman
dalam diam jiwa berasa sepi dan terasing
pada siapa hendak di risik khabar bidadariku
berharap sihat dan ceria selalu
Sedang di depan lagikan merindu
inikan pula berada jauh di mata
ketika terputus hubungan tanpa rela
ketika tidak dapat menyapa lagi
seperti dulu, seperti selalu
rindu terus membara dan menyala
meronta-ronta mencari cinta hati
bagai ingin segera terbang mencarimu
memujuk rindu mendamaikan kalbu
Sayang...
dirimu sentiasa berada di hatiku
memohon terus disimpan hati ini
mengharap bahagia menjadi milikmu
Apakah aku perlu memahami
erti sebuah perhubungan murni
menyayangi tidak semestinya memiliki
meraikan pasangan membina mahligai
menyapa saudara mara dan kenalan
walau bibir terus mengukir senyuman
dalam diam jiwa berasa sepi dan terasing
pada siapa hendak di risik khabar bidadariku
berharap sihat dan ceria selalu
Sedang di depan lagikan merindu
inikan pula berada jauh di mata
ketika terputus hubungan tanpa rela
ketika tidak dapat menyapa lagi
seperti dulu, seperti selalu
rindu terus membara dan menyala
meronta-ronta mencari cinta hati
bagai ingin segera terbang mencarimu
memujuk rindu mendamaikan kalbu
Sayang...
dirimu sentiasa berada di hatiku
memohon terus disimpan hati ini
mengharap bahagia menjadi milikmu
Apakah aku perlu memahami
erti sebuah perhubungan murni
menyayangi tidak semestinya memiliki
Cinta Selamanya
Kekadang sengaja melihat langit
mencari pelangi selepas hujan
mahu melihat warna indahnya
walau tanpa secebis cahaya
serinya tetap menawan hati
tapi pelangi tidak muncul petang ini
menyepi diri entah di mana
Begitu jua dirimu sayang
hilang sepi tanpa berita
rindu pada seri wajahmu
sepi tanpa gurau sendamu
tercipta irama tentang rasa ini
pada siapa hendak dilagukan
lalu kunyanyikan sendirian
Tidak pernah berhenti mengingatimu
ternyata hadirmu dalam hidup ini
terasa amat luar biasa kepadaku
sekali menyintaimu
selamanya menyintaimu
mencari pelangi selepas hujan
mahu melihat warna indahnya
walau tanpa secebis cahaya
serinya tetap menawan hati
tapi pelangi tidak muncul petang ini
menyepi diri entah di mana
Begitu jua dirimu sayang
hilang sepi tanpa berita
rindu pada seri wajahmu
sepi tanpa gurau sendamu
tercipta irama tentang rasa ini
pada siapa hendak dilagukan
lalu kunyanyikan sendirian
Tidak pernah berhenti mengingatimu
ternyata hadirmu dalam hidup ini
terasa amat luar biasa kepadaku
sekali menyintaimu
selamanya menyintaimu
Kembara Bahagia
Terasa hilang tutur dan kata
hati tertanya khabar di dia
teringat-ingat senyuman manja
terbuai-buai gurauan senda
kenangan indah seharum bunga
semoga kekal selama-lama
Masih di sini dengan setia
mengharap dia begitu jua
walaupun badai datang melanda
terima sebagai ujian dariNya
kuatkan semangat terima takdirNya
Teruskan pengembaraan hidup
menempuh segala hingga akhirnya
bersama berdoa dan berusaha
agar semua mendapat bahagia
hati tertanya khabar di dia
teringat-ingat senyuman manja
terbuai-buai gurauan senda
kenangan indah seharum bunga
semoga kekal selama-lama
Masih di sini dengan setia
mengharap dia begitu jua
walaupun badai datang melanda
terima sebagai ujian dariNya
kuatkan semangat terima takdirNya
Teruskan pengembaraan hidup
menempuh segala hingga akhirnya
bersama berdoa dan berusaha
agar semua mendapat bahagia
Setia Menanti
Cantik sungguh bulan pagi ini
penuh, terang dan bercahaya
melihat bulan, teringat mentari petang
ingatan tentunya pada si bidadari
wajah kerinduan harum mewangiku
menjelma di ruang mata
Sering ingin terus bersama lagi
bertegur sapa, bergurau dan berseloka
hanya lagu-lagu kita menjadi teman
kekadang hati berasa walang
kupendamkan saja rasa kasih dan sayang
tidak sedikit pun teranjak rasa cinta ini
cukuplah jika dapat mengerti
menyintaimu sehingga mati
bersambung semula di syurga nanti
Bulan masih bercahaya
mentari petang masih di tunggu
kenangan kita masih indah
dirimu masih di nanti
penuh, terang dan bercahaya
melihat bulan, teringat mentari petang
ingatan tentunya pada si bidadari
wajah kerinduan harum mewangiku
menjelma di ruang mata
Sering ingin terus bersama lagi
bertegur sapa, bergurau dan berseloka
hanya lagu-lagu kita menjadi teman
kekadang hati berasa walang
kupendamkan saja rasa kasih dan sayang
tidak sedikit pun teranjak rasa cinta ini
cukuplah jika dapat mengerti
menyintaimu sehingga mati
bersambung semula di syurga nanti
Bulan masih bercahaya
mentari petang masih di tunggu
kenangan kita masih indah
dirimu masih di nanti
Demi Cinta Ini
Hati terus tenang dan damai. Cuaca yang nyaman hari ini bagai merasai keindahan jiwa. Sapaan semalam masih terasa kemanisannya dengan kelembutan yang sekian lama didambakan. Tergambar wajah ayu awak dalam sapaan ringkas itu.
Airmata yang hampir kering setelah bergenang di jendela mata dan membasahi pipi sejak berjuta detik yang lalu, telah berhenti alirannya. Moga tiada tangis duka lagi. Ternyata saya perlukan cinta awak, agar saya terasa terus bernyawa. Andai perlu menangis lagi nanti, biarlah untuk perkara-perkara yang indah tentang kita.
Banyak yang telah kita lalui dan pelajari dari pengalaman ini tentang hubungan kita. Onak dan duri masih bertaburan di perjalanan yang kita tidak tahu hujungnya ini. Marilah kita bersama berdoa dan berganding bagi menghadapi badai asmara ini.
Apakah kita kuat untuk mengharunginya? Atau kita menyerah kalah di persimpangan yang ada di depan mata kini?
Apapun jawapan awak kepada soalan di atas, keutamaan saya adalah untuk melihat awak bahagia kerana demi cinta ini, saya akan korbankan segalanya untuk kebahagiaan awak.
Pengakuan tulus untuk tersayang.
Detik Indah
Alhamdulillah. Lega. Riang. Ceria. Syukur kepada Allah yang memberi peluang untuk bertegur sapa dengan awak walaupun dengan perkataan yang agak terbatas.
Lebih membahagiakan, apabila awak membalas sapaan saya. Walaupun dengan ayat yang cukup ringkas juga, ia bagaikan sebuah novel indah pada saya. Mengindahkan hari saya.
Kita saling mengerti situasi kita dan ini menguatkan rasa hati kita. Kita jujur dengan hubungan kita, ia mengakrabkan kita. Kita menghormati sekeliling kita lantas kita akur dengan dugaan yang ditimpakan kepada kita.
Semua ini menjadi rencah dalam kehidupan kita dan mereka di sekeliling kita. Semoga kita sama-sama tabah mengharunginya.
Kasih sayang ini tidak pernah pudar dan halangan ini sebenarnya kian menguatkan rasa cinta saya. Sayang... I luv u.
Detik Menitik
Detik terus berdetik-detik
berjuta detik berlalu pergi
berjuta detik menanti detik
detik terus berdetik lagi
Tidak lagi mampu mengira detik
detik tidak pernah mahu berhenti
pada setiap kali detik berdetik
airmata tumpah bertitik-titik
puas menahan waktu berdetik
puas menahan airmata menitik
titis airmata dikutip di setiap detik
yang terus tumpah menitik-nitik
Bukan mengharap sebarang simpati
cuma berharap agar mengerti
hidup bagai sudah tidak bererti
menanti sesuatu yang tidak pasti
Hadirlah sayang...
berjuta detik berlalu pergi
berjuta detik menanti detik
detik terus berdetik lagi
Tidak lagi mampu mengira detik
detik tidak pernah mahu berhenti
pada setiap kali detik berdetik
airmata tumpah bertitik-titik
puas menahan waktu berdetik
puas menahan airmata menitik
titis airmata dikutip di setiap detik
yang terus tumpah menitik-nitik
Bukan mengharap sebarang simpati
cuma berharap agar mengerti
hidup bagai sudah tidak bererti
menanti sesuatu yang tidak pasti
Hadirlah sayang...
Melihat Dari Jauh
Siang tadi
hanya dapat melihat dari jauh
terasa ingin mendekati awak
apakan daya, terhalang oleh janji
Terbit keceriaan dari wajah itu
terserlah gembira di keramaian
walau berkongsi bahagia itu dari jauh
rasa tenang melihat jelingan awak
rasa riang melihat senyuman awak
Syukur kepada Tuhan
menemukan kembali
walau jauh dari mata
walau hanya sementara
terasa dekat dari hati
terasa indah di sanubari
Terus mengharap terus menanti
kemesraan itu terjalin kembali
ingin terus bersama selamanya
semoga doa dimakbulkan Ilahi
hanya dapat melihat dari jauh
terasa ingin mendekati awak
apakan daya, terhalang oleh janji
Terbit keceriaan dari wajah itu
terserlah gembira di keramaian
walau berkongsi bahagia itu dari jauh
rasa tenang melihat jelingan awak
rasa riang melihat senyuman awak
Syukur kepada Tuhan
menemukan kembali
walau jauh dari mata
walau hanya sementara
terasa dekat dari hati
terasa indah di sanubari
Terus mengharap terus menanti
kemesraan itu terjalin kembali
ingin terus bersama selamanya
semoga doa dimakbulkan Ilahi
Terus Menanti
Berdebar-debar hati ini
bagai terdengar suara halusmu
memanggil lembut namaku
bukan melalui bibir manismu
tetapi suara dari degup jantungmu
Apakah hanya perasaanku saja
mendengar suara hatimu itu
lantaran terlalu mengingati akan dirimu
hingga seakan hilang pertimbanganku
atau sememangnya itulah suaramu
memanggil namaku dengan caramu
dan tanpa disangka memang dapat
ku dengar suara kerinduanku itu
Terus menanti sapaan darimu
tetap ku tunggu hingga ke mati
bersamamu tidak pernah ku jemu
hingga ke syurga terus menanti
bagai terdengar suara halusmu
memanggil lembut namaku
bukan melalui bibir manismu
tetapi suara dari degup jantungmu
Apakah hanya perasaanku saja
mendengar suara hatimu itu
lantaran terlalu mengingati akan dirimu
hingga seakan hilang pertimbanganku
atau sememangnya itulah suaramu
memanggil namaku dengan caramu
dan tanpa disangka memang dapat
ku dengar suara kerinduanku itu
Terus menanti sapaan darimu
tetap ku tunggu hingga ke mati
bersamamu tidak pernah ku jemu
hingga ke syurga terus menanti
Bertanya Khabar
Assalamualaikum sayang...
Apa khabar? Awak masih menyepi. Saya terus menanti.
Maafkan saya. Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan coretan ini. Puas saya susun ayat. Puas juga saya padam apa yang telah saya tulis. Banyak yang saya nak tahu. Banyak juga perkara yang saya nak cerita. Tapi... itulah. Kita dah tidak seperti dulu. Tidak seperti selalu.
Make it short. Saya akan cuba menulis setiap hari di sini (sejak peristiwa itu). Tentu tak sama jika dibandingkan semasa kita text. Tulis di sini, awak mungkin baca; awak mungkin tak baca. Mungkin awak balas; mungkin juga awak tak balas.
Kalau kita text macam dulu, tentu awak akan baca dan balas. Saya pula macam tak henti-henti nak text. Ada saja cerita saya. Ahhh... kenangan itu cukup manis.
Awak tu pun, sudi-sudilah menyapa. Saya tidak mahu mengganggu. Tapi awak tahu, saya sentiasa menunggu.
Ok. Nanti kita sambung lagi. Kalau saya terus menulis, ayat 'make it short' tadi, macam tak sesuai pulak.
Jumpa lagi - di alam mimpi, di alam maya dan mengharap di alam nyata juga.
Sejuta Detik Menantimu
Pada saat ini...
telah sejuta detik berlalu pergi
sejak kali terakhir menyapa
dan awak masih menyepi diri
saya pula ternanti-nanti
ingin berlari menghampiri
tetapi janji telah termetri
hanya dapat menunggu di sini
sapaan awak terus di nanti
Dan...
sejuta titik airmata menitik
membasahi pipi juga di hati
cukuplah sengsara ini
ingin bangun dan berdiri
mengejar cita-cita murni
mencipta kejayaan peribadi
buat persiapan untuk diri
menyambut hadirnya bidadari
yang pergi pastikan kembali
Sayang...
hanya awak saja yang ada di hati
walau di mana menghilang diri
seribu tahun tetap saya nanti
suatu hari pulanglah kembali
sementara saya masih di sini
menanti dan terus menanti
telah sejuta detik berlalu pergi
sejak kali terakhir menyapa
dan awak masih menyepi diri
saya pula ternanti-nanti
ingin berlari menghampiri
tetapi janji telah termetri
hanya dapat menunggu di sini
sapaan awak terus di nanti
Dan...
sejuta titik airmata menitik
membasahi pipi juga di hati
cukuplah sengsara ini
ingin bangun dan berdiri
mengejar cita-cita murni
mencipta kejayaan peribadi
buat persiapan untuk diri
menyambut hadirnya bidadari
yang pergi pastikan kembali
Sayang...
hanya awak saja yang ada di hati
walau di mana menghilang diri
seribu tahun tetap saya nanti
suatu hari pulanglah kembali
sementara saya masih di sini
menanti dan terus menanti
Doa Tanpa Henti
Sejak lebih sepekan lalu
dalam sujud dan selepas sujudku
ketika mendoakan kesejahteraanmu
kusebutkan nama penuhmu pada Tuhan
dan kutambahkan perkataan 'kerinduanku'
dihujung namamu yang manis itu
Hanya pada Tuhan tempatku mengadu
hanya pada Tuhan tempatku merayu
menyatakan rinduku kepadamu
menyatakan cintaku kepadamu
menyatakan betapa kasih dan sayang ini
biar terus subur dan kembang mekar selamanya
di dunia ini dan berterusan hingga di syurga nanti
Terus berdoa pada Tuhan tanpa henti
semoga perpisahan ini hanya sementara
dan kita akan kembali bersua seperti dahulu
dalam sujud dan selepas sujudku
ketika mendoakan kesejahteraanmu
kusebutkan nama penuhmu pada Tuhan
dan kutambahkan perkataan 'kerinduanku'
dihujung namamu yang manis itu
Hanya pada Tuhan tempatku mengadu
hanya pada Tuhan tempatku merayu
menyatakan rinduku kepadamu
menyatakan cintaku kepadamu
menyatakan betapa kasih dan sayang ini
biar terus subur dan kembang mekar selamanya
di dunia ini dan berterusan hingga di syurga nanti
Terus berdoa pada Tuhan tanpa henti
semoga perpisahan ini hanya sementara
dan kita akan kembali bersua seperti dahulu
Datanglah Kasih Hadirlah Sayang
Bagaimana dapat melelapkan mata
hilangmu tanpa sebarang berita
siang malam hati meronta-ronta
hanya diamkan diri tanpa cerita
bayangan wajahmu berada di mata
aku keseorangan di malam gelita
menanti hadir dikau yang tercinta
Hanya kepada tuhan aku meminta
agar kita dapat bertemu semula
rindu berkongsi gelak ketawa
menganyam kasih membelai cinta
kenangan indah semanis gula
bercantum semula di dalam jiwa
Tidak indah lagi bermain kata
hati terus menangis sengsara
hidup terasa kosong sahaja
dalam diam berendam airmata
lidah tidak lagi kerap berbicara
terasa hilang tempat bermanja
Datanglah kasih hadirlah sayang
rindu dan cinta terus membara
tidak mampu terus membayang
ingin bersua dan berbicara
hilangmu tanpa sebarang berita
siang malam hati meronta-ronta
hanya diamkan diri tanpa cerita
bayangan wajahmu berada di mata
aku keseorangan di malam gelita
menanti hadir dikau yang tercinta
Hanya kepada tuhan aku meminta
agar kita dapat bertemu semula
rindu berkongsi gelak ketawa
menganyam kasih membelai cinta
kenangan indah semanis gula
bercantum semula di dalam jiwa
Tidak indah lagi bermain kata
hati terus menangis sengsara
hidup terasa kosong sahaja
dalam diam berendam airmata
lidah tidak lagi kerap berbicara
terasa hilang tempat bermanja
Datanglah kasih hadirlah sayang
rindu dan cinta terus membara
tidak mampu terus membayang
ingin bersua dan berbicara
Ingin Bertemu Lagi
Kali terakhir menulis di diari kita
meminta tidak dihubungi lagi
dalam diam yang panjang
enam ratus empat ribu lapan ratus detik
telah berlalu pergi
Akan terus melakar nukilan
samada bidadariku membacanya atau tidak
hati ini ternyata mati tanpamu
jiwa gelisah, lara dan sengsara
hanya diari kami yang memahami
tapi telah dirampas terbuang pergi
Hatiku masih ada di dalam hatimu
hatimu masih terpelihara dihatiku
dalam diam perasaan ini terus wangi
memujuk diri untuk terus sabar dan redha
walau seribu tahun tetap ku nanti
semoga dapat bertemu di dunia ini
dan semoga di syurga bertemu lagi
meminta tidak dihubungi lagi
dalam diam yang panjang
enam ratus empat ribu lapan ratus detik
telah berlalu pergi
Akan terus melakar nukilan
samada bidadariku membacanya atau tidak
hati ini ternyata mati tanpamu
jiwa gelisah, lara dan sengsara
hanya diari kami yang memahami
tapi telah dirampas terbuang pergi
Hatiku masih ada di dalam hatimu
hatimu masih terpelihara dihatiku
dalam diam perasaan ini terus wangi
memujuk diri untuk terus sabar dan redha
walau seribu tahun tetap ku nanti
semoga dapat bertemu di dunia ini
dan semoga di syurga bertemu lagi
Rindu Dan Doa Buat Bidadari
Rindu itu seolah membunuhku
asyik teringat akan dirimu
tertanya khabar berita darimu
sentiasa berdoa akan kebahagiaanmu
Pilu terus menuntun hati
tangisan berterusan tiada henti
tika berseorangan airmata membasahi pipi
ketika di keramaian ia membasahi hati
walau tidak dapat menghubungi
tapi masih terus ternanti-nanti
ternyata hidup ini tidak sama lagi
cacat tanpa hadirnya si bidadari
Semoga dirimu sentiasa dirahmati
kasih sayang terus bertahta di sanubari
sentiasa berdoa agar suatu hari nanti
rindu terubat menyembuh sepi
asyik teringat akan dirimu
tertanya khabar berita darimu
sentiasa berdoa akan kebahagiaanmu
Pilu terus menuntun hati
tangisan berterusan tiada henti
tika berseorangan airmata membasahi pipi
ketika di keramaian ia membasahi hati
walau tidak dapat menghubungi
tapi masih terus ternanti-nanti
ternyata hidup ini tidak sama lagi
cacat tanpa hadirnya si bidadari
Semoga dirimu sentiasa dirahmati
kasih sayang terus bertahta di sanubari
sentiasa berdoa agar suatu hari nanti
rindu terubat menyembuh sepi
Hikmah Dari Tuhan
Sepi itu menyiksaku
membiar diri terapung-apung
hati yang pilu ku rawat sendiri
membelai jiwa memujuk sembuh
Mendoakan kebahagiaanmu
dan mendoakan kebahagiaanku
adalah menjadi keutamaan
rasa kasih dan sayang ini
terus abadi dalam dakapan cinta
semoga kebahagiaan sejati
menjadi milik kita
bersama semua yang menyayangi kita
dan mereka yang kita sayangi jua
Ada hikmah dari tuhan untuk kita
segala yang berlaku ini suratanNya
menjadi ikhtibar dan pedoman
takdir ini menuntut kesabaran dan keikhlasan
terserlahkan maksudnya pada suatu hari yang indah nanti
dan kita akan sama-sama bersyukur kerananya...
membiar diri terapung-apung
hati yang pilu ku rawat sendiri
membelai jiwa memujuk sembuh
Mendoakan kebahagiaanmu
dan mendoakan kebahagiaanku
adalah menjadi keutamaan
rasa kasih dan sayang ini
terus abadi dalam dakapan cinta
semoga kebahagiaan sejati
menjadi milik kita
bersama semua yang menyayangi kita
dan mereka yang kita sayangi jua
Ada hikmah dari tuhan untuk kita
segala yang berlaku ini suratanNya
menjadi ikhtibar dan pedoman
takdir ini menuntut kesabaran dan keikhlasan
terserlahkan maksudnya pada suatu hari yang indah nanti
dan kita akan sama-sama bersyukur kerananya...
Sepi Bertandang Lagi
Nota yang ku terima
menjelaskan apa yang berlaku
aku tergamam dengan pelbagai rasa
terkenangkan bidadariku
entah apakah perkhabarannya
hilang lenyap tanpa suara
Aku cuba tangani peristiwa ini
mengharap belas kemaafan
membela dirinya dengan caraku
dengan hujah penuh pengharapan
menanti jawapan atau hukuman
memohon agar Tuhan menentukan
takdir yang baik untuk semua
jadi pengajaran buat kita yang alpa
Bagaimana dapat kulalui hidup ini
ternyata tidak lagi sama seperti dulu
meratap duka menahan sengsara
tidur tidak lagi lena
mimpi tersangkut di dahan malam
hujan airmata membasahi sarang hati
tiada siapa layak jadi pengganti
kenangan hidup sehingga mati
Terus berdoa dan berharap
ikatan tulus ikhlas dari hati ini
akan bersambung semula nanti
ketika itu kita bersama semula
dengan izin yang termentri
takdirlah yang akan menjawab
sementara hidup diteruskan
sepi itu bertandang lagi...
menjelaskan apa yang berlaku
aku tergamam dengan pelbagai rasa
terkenangkan bidadariku
entah apakah perkhabarannya
hilang lenyap tanpa suara
Aku cuba tangani peristiwa ini
mengharap belas kemaafan
membela dirinya dengan caraku
dengan hujah penuh pengharapan
menanti jawapan atau hukuman
memohon agar Tuhan menentukan
takdir yang baik untuk semua
jadi pengajaran buat kita yang alpa
Bagaimana dapat kulalui hidup ini
ternyata tidak lagi sama seperti dulu
meratap duka menahan sengsara
tidur tidak lagi lena
mimpi tersangkut di dahan malam
hujan airmata membasahi sarang hati
tiada siapa layak jadi pengganti
kenangan hidup sehingga mati
Terus berdoa dan berharap
ikatan tulus ikhlas dari hati ini
akan bersambung semula nanti
ketika itu kita bersama semula
dengan izin yang termentri
takdirlah yang akan menjawab
sementara hidup diteruskan
sepi itu bertandang lagi...
April Yang Duka
April datang penuh duka
satu persatu dugaan menduga
mengharap sinar sepanjang masa
namun impian tidak seindah rupa
Langit tidak selalu cerah
mendung yang diharap menghilang
ribut dan badai pula yang datang
awal pagi di hujung April
berita penuh duka dilempar ke muka
alam seakan mengerti hati ini
mendung bergerimis hingga ke senja
dan mentari petang tidak muncul hari ini
April ada cerita indah berseri
menguntum kasih pada yang sudi
hidupkan jiwa yang telah mati
bersangkar di hati si bidadari
tetapi indah hanya sementara
ditusuk sembilu penuh luka
dan kini jiwa itu mati semula
hidup hanya jadi sisa masa
April - airmata terus mengalir
sebak menghiris hati luka
suka duka jadi kenangan...
satu persatu dugaan menduga
mengharap sinar sepanjang masa
namun impian tidak seindah rupa
Langit tidak selalu cerah
mendung yang diharap menghilang
ribut dan badai pula yang datang
awal pagi di hujung April
berita penuh duka dilempar ke muka
alam seakan mengerti hati ini
mendung bergerimis hingga ke senja
dan mentari petang tidak muncul hari ini
April ada cerita indah berseri
menguntum kasih pada yang sudi
hidupkan jiwa yang telah mati
bersangkar di hati si bidadari
tetapi indah hanya sementara
ditusuk sembilu penuh luka
dan kini jiwa itu mati semula
hidup hanya jadi sisa masa
April - airmata terus mengalir
sebak menghiris hati luka
suka duka jadi kenangan...
Subscribe to:
Comments (Atom)